Monday, October 24, 2011

Jalan Ke Syurga

Macam-macam nak tulis dalam post ni...sampai x tahu nak buat topik apa. almaklumlah dah lama x update. Isu keluarga ke, anak-anak ke, jemaah ke, semuanya berlegar dalam kotak fikiran...Tapi aku amat sedari seseorang insan itu tidak dibekalkan dengan semua kelebihan. kalau pandai bercakap, tidak semestinya pandai menulis, pandai menulis tak semestinya pandai berkomunikasi..sesiapa yang mempunyai banyak kelebihan itu, suatu yang luarbiasa dan kurniaan Yang Maha Esa. Mungkin inilah salah satu ketidaksempuranaan seseorang insan. Walaubagaimanapun kita wajib bersyukur dengan apa saja kurniaan dari Allah SWT.
Saban hari saya memikirkan nasib anak-anak kami yang semakin membesar. Bagaimana cara nak mendidik dan membesarkan mereka mengikut acuan islam yang sebenar2nya. Sebagaimana anak-anak sahabat yang lain, kami juga ingin memiliki anak yang berperibadi dan akhlak sehebat Rasulullah. Bila diperhatikan semula, banyak faktor yang perlu dititikberatkan terutama sekali bab aqidah.

Dan semestinya kita ni sebenarnya cermin kepada anak-anak kita. kalau buruk perangai kita, maka burukla jua perangai anak-anak kita. Ikutan dan guru yang terbaik bagi anak2 adalah ibubapanya sendiri....

Bagi saya, peranan ibubapa mentarbiyyah anak adalah sama beratnya, walaubagaimanapun, yang paling terdekat dan paling lama masa berada bersama anak2 adalah ibu mereka sendiri. maka, ibu2 didikla dan penuhilah ilmu didada sebagai bekal dan amal untuk di salurkan kepada anak. bermula dari dalam perut lagi sehinggala mereka meningkat remaja..
Pengalaman membesarkan anak2 ini, mesti ada ujian yang perlu kita hadapi. Sifat-sifat yang mulia perlu ada pada ibubapa terutama sekali sifat sabar yang tinggi. Jika kurang sabarla kita ini, dah tentu anak-anak menjadi mangsa kemarahan kita. Sifat marah ini jika tiada benteng dan kawalan, ianya datang sekali dengan hasutan syaitan. Berhatilah2 ...

Kemudian Pengamalan doa-doa sebagai senjata kepada kita agar dapat mendidik diri kita dan anak-anak.

Yang ketiga, berhikmah dan bijaksana
Kita akan diuji dengan pelbagai ragam anak-anak. Disinilah bagaimana cara kita dapat memainkan peranan dengan menyelesaikan masalah anak-anak secara bijaksana agar tidak ada hati-hati anak yang tersinggung dan berhikmah dengan keputusan kita agar ianya kelak menjadi teladan kepada anak2.

Rasulullah SAW menganjurkan agar dalam mendidik anak-anak, ibubapa perlua adanya sifat berlemah lembut kepada anak. Bukanlah maksudnya kita tidak perlu bertegas sehingga anak-anak boleh pijak kepala. Menasihati dan mendidik dengan lembut, agar kelak sifat begitu dituruni oleh anak-anak kita..

Pelbagai lagi cara dan teknik yang boleh diceduk dalam membentuk peribadi anak agar berada dalam acuan yang betul. Antara rajin ataupun tidak saja untuk kita mengkaji semua itu.

Kepada ibubapa yang berkerja, janganlah kita menyerahkan tanggungjawap ynag besar ini kepada pihak ketiga seperti guru2, ibubapa kita atau adik-beradik kita dalam melentur anak-anak kita. Walau sesibuk mana pun kita, cuba la cari masa dan gunakan masa yang ada itu dengan penuh berkualiti. pasti hati kita pun akan menjadi lebih senang dan bahagia melihat anak-anak membessar atas didikan kita.

Akhir sekali semoga anak2 kurnian Allah yang paling besar ini, Insyaallah menjadi pembantu kita diakhirat kelak. Amin..

No comments:

Post a Comment