Sunday, November 29, 2009

TAZKIRAH BUAT YANG MENGHAYATI!

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa nerakaJahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.



Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

KISAH AWLIYA' (KISAH PARA WALI ALLAH) - IBRAHIM BIN ADHAM

Diceritakan ada seorang lelaki mui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim bin Adham: “Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini telah menzalami diri sendiri, maka terangkan padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku”.

Ibrahim bin Idham pun menjawab: “Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan 5 perkara (yang akan aku katakan)) nescaya apa sahaja kesedngkau kecapi tidak akan memudaratkan diri mu. Lelaki tersebut pun berkata: Apa dia ?. Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq. Ibrahim menerangkan:

Pertama: Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka jangan engkau makan rezeki Allah!. Lelaki itu meningkah dan berkata” Dari sumber manakah lagi aku hendak makan, sedangkan segala yang ada atas dunia ini ialah rezeki kurniaan Allah ” Ibrahim idham mencelah ” Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaan Allah, kemudian engkau menderhaka kepadanya!. Tentu tidak” jawabnya.

Baiklah Yang kedua: Ibrahim menerangkan lagi: “Bila engku hendak menderhaka kepda Allah, maka janganlah engkau menginap dimana-mana atas dunia ini. Lelaki itu pun berkata: “Ini lebih hebat lagi dari yang pertama”. kalau timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah, maka dimana pula aku akan tinggal. Ibrahim mencelah: ” Hai pulan, adakah engkau patut makan rezeki Allah, tinggal dibumi Allah dan kemudian engkau menderhaka kepadanya.” Tidak, jawabnya.

Yang ketiga: Ibarahim menerangkan lagi: Kalau engkau mahu menderhaka, sedangkan engku makan rezki Allah dan tinggal dibuminya, maka carilah tempat yang berkira-kira dia tidak nampak engkau mencabar perintah Allah. Kalau engku sudah temui, nah engkau lakukan maksiat tersebut.” Lelaki itu pun berkata ” Hai Ibrahim!. Bagaimana aku dapat berbuat demikian, sedangkan Allah maha mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?. “Ibrahim menjawab Hai pulan: Adakah engkau patut makan rezekinya, tinggal dibuminya, menderhaka kepadanya, walhal ia mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engku lakukan secara terang-terang? ” Tidak jawabnya, ”

Yang Ke Empat: Apa dia tanya lelaki itu. Jawab Ibrahim ” Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawa mu, maka katakan padanya: ” Berikan aku tempoh untuk bertaubat Nasuha dan untuk beramal soleh kerana Allah” Takkan dia mahu menurut perintahku” Jawab lelaki itu. Hai pulan ” Kata Ibrahim: ” Apakah dalam kedaan engkau tidak terdaya menolak maut untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak terdaya menolak maut, untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul, maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan Maksiat mu)?” Lelaki itu bertanya lagi:

Yang kelima: Ibrahim menerangkan: Apabila datang malaikat Zabaniah pada hari Qiamat hendak membawa mu masuk neraka, maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya!. “sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku atau menerima permintaan ku: sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim ” Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?.” Lelaki itu pun berkata, Wahai Ibrahim cukuplah, cukuyplah” Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadanya. Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama ibrahim hingga mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing. (Dari kitab Tawwabin). : http://yaneyms.blogspot.com/

Thursday, November 5, 2009

Mimpi Rasulullah SAW

Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Thursday, October 29, 2009

KISAH 2 MALAIKAT

Sekadar renungan bersama..


Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan
serta kemewahan dunia


-sumber bernama-

Wednesday, October 21, 2009

SUBHANALLAH.. KEBESARAN ALLAH DI MANA-MANA


Semakin dekat dengan kiamat, semakin Allah memperlihatkan kebesarannya. Tidak ada yang mustahil pada Allah dan tidak ada yang sukar bagi Allah menjadikan sesuatu. hanya manusia yang tidak berfikir dan melihat kebesaran Allah.



Ayat suci di badan bayi




MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.

Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.





Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.

Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.

Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.

Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.

Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.

Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.

“Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.

“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.

“Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.

Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.

“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

BERAMAL DENGAN SURAH AL KAHFI.

Beramal dengan surah al-Kahfi dapat hindari fitnah

Hadith :

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi .

Huraian:

Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj.

Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).

Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar.

Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.JKIM/-

Monday, October 19, 2009

SUBHANALLAH.. MAHA KAYA ALLAH.

Tidak ada apa yang dapat diungkapkan melainklan segala puji bagi Allah swt, Tuhan semesta alam. Yang mencipta lamgit dan bumi, serta menjadikan segala planet-planet itu tergantug tidak bertali.

Dan alangkah kerdilnya manusia, setelah beribu-ribu tahun hidup di atas muka bumi ini, baru bertemu dengan planet-planet baru.. bahkan berjuta lagi planet yang masih belum dijumpai.

Mungkin ini petanda berakhirnya zaman ini, dengan kemampuan manusia yang mengkaji kebesaran Allah melalui ciptaan terkini? Segalanya mungkin, dan benar, inilah penghujung zamannya...


32 Planet Baru DiKesan!

Para saintis angkasa mengumumkan semalam, mereka telah mengesan 32 planet di pinggir luar sistem solar.

Antara planet tersebut lima kali ganda besar Bumi dan ada juga yang lima kali ganda besar Jupiter. Orbit tahunan planet-planet tersebut beribu-hari berbanding Bumi yang hanya 365 hari.

Saya teringat ayat 5, surah as-Sajdah:
يدبر الأمر من السماء إلى الأرض ثم يعرج إليه
فى يوم كان مقداره ألف سنة مما تعدون

Terjemahan: Dia, Malaikat, menguruskan semua urusan dari langit ke bumi, kemudian naik kembali kepadanya pada sehari yang lamanya seribu tahun mengikut kamu perhitungkan sekarang.

1. Apakah ayat tersebut memberi isyarat tempat atau kedudukan para Malaikat? Para Malaikat adalah makhluk dan mereka ada tempat.

2. Mungkinkah, para Malaikat mendiami planet yang orbit hariannya menyamai 365,000 hari di Bumi?

3. Mungkinkah, suatu masa akan datang, manusia dapat mengesan tempat atau kedudukan para Malaikat tersebut?

Wednesday, September 30, 2009

AMALKAN SUNNAH DALAM KEHIDUPAN

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat ) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari ( ibu jari telunjuk & tengah )-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain ( krn bimbang terdedah aurat ) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah ) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun ( astagfirullahalazii m ) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut ( kerana dibimbangi terpercik ) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung ), maka berdirilah ( sbg tanda penghormatan ) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi ( apabila mendatangi rumah sahabat ) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Sunday, September 13, 2009

OSAMA BIN LADEN TELAH MENINGGAL DUNIA.. BETULKAH BERITA INI?





Saya mengutip satu berita di dalam Kosmo hari ini yang menyatakan pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden telah meninggal dunia sejak tahun 2001 lagi. Benarkah berita ini?

Adakah kita selama ini tertipu dengan mainan barat yang menghalalkan serangan ke atas umat Islam di Afghanistan, dan Iraq? Adakah kita dibodohkan dengan persepsi negatif ke atas pejuang Islam Al Qaeda? Kalau betullah berita ini, alangkah hinanya umat Islam ditipu hidup-hidup oleh Amerika Syarikat dan musuh Islam yang lain.

Semoga berita ini tidak benar, dan semoga Syeikh Osama masih hidup bagi meneruskan jihad. Jika ini benar-benar berlaku, maka marilah kita doakan beliau digolongkan sebagai syuhada.


NUKILAN DARI BERITA {KOSMO}

PEMIMPIN Al-Qaeda, Osama bin Laden (gambar) dipercayai sudah meninggal dunia pada 13 Disember 2001 akibat penyakit buah pinggang tetapi pemerintah Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Britain dipercayai menyembunyikan kematiannya bagi meneruskan perang terhadap keganasan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar itu, Pervez Musharraf semasa menjadi Presiden Pakistan pernah memberitahu stesen televisyen CNN di AS pada Januari 2002 bahawa Osama sudah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang iaitu beberapa bulan selepas serangan pengganas berlaku di New York.

Kenyataan itu dibuat selepas akhbar Al-Wafd di Mesir memnyiarkan satu laporan pada 26 Disember 2001 yang menyatakan seorang tokoh terkenal kumpulan Taliban Afghanistan mengumumkan bahawa Osama sudah dikebumikan pada 13 Disember 2001.

"Dia (Osama) menghadapi komplikasi yang serius dan telah meninggal dunia. Dia dikebumikan di Tora Bora dalam satu pengebumian yang dihadiri oleh 30 pejuang Al-Qaeda, rakan-rakan rapat dari keluarga dan rakannya dari Taliban.

"Berdasarkan tradisi fahaman Wahabi, tidak ada tanda dibuat di kubur Obama," menurut laporan akhbar itu.

Teori yang mendakwa Osama sudah meninggal dunia dibuat pada awal tahun ini apabila bekas pegawai perisikan asing AS yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Boston, Profesor Angelo M. Codevilla berkata, semua rakaman pita video dan suara yang didakwa sebagai Osama tidak pernah meyakinkan pemerhati," kata profesor itu.

Menurutnya, wajah lelaki yang muncul dalam beberapa rakaman video tidak kelihatan seperti Osama.

"Beberapa rakaman video menunjukkan lelaki seperti Osama itu mempunyai hidung bengkok manakala rakaman lain menunjukkan hidung yang lebih pendek serta lebar," jelasnya.

Menurut Ketua Jabatan Kajian Agama Universiti Duke, Profesor Bruce Lawrence, imej dalam beberapa rakaman suara dan video yang didakwa Osama tidak konsisten dengan fahaman Islam Wahabi pegangan ketua Al-Qaeda itu.

Dalam satu video, Osama memakai cincin emas iaitu perhiasan yang diharamkan oleh pengikut Wahabi.

Dalam minggu ini, lebih banyak persoalan ditimbulkan berikutan penerbitan sebuah buku di Amerika dan Britain yang berjudul Osama bin Laden: Dead or Alive?

Buku itu ditulis oleh penganalisis politik dan falsafah di AS, Profesor David Ray Griffin.

Buku itu mendakwa Osama sudah meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang berfungsi atau penyakit yang berkaitan dengannya pada 13 Disember 2001 semasa dia tinggal di kawasan pergunungan Tora Bora, Afghanistan.

Pengebumiannya diadakan dalam tempoh 24 jam mengikut tradisi agama Islam dan kuburnya tidak mempunyai sebarang tanda, mengikut amalan Wahabi.

Menurut Griffin, banyak pita rakaman Osama yang disiarkan selepas hari pengebumiannya telah dibuat oleh Barat bagi mempengaruhi penduduk dunia bahawa ketua Al-Qaeda itu masih hidup.

Profesor itu berkata, tujuan pita rakaman palsu itu diadakan adalah bagi meningkatkan sokongan terhadap perang menentang keganasan di Iraq dan Afghanistan.

Tentera AS dan Britain yang melancarkan serangan besar-besaran ke atas Tora Bora, Afgha- nistan mengabaikan kenyataan Osama yang mendakwa dia tidak terlibat dalam serangan 11 September 2001 di AS.

Dalam satu daripada empat pengakuannya, Osama berkata: "Saya sudah menyatakan saya tidak terlibat. Sebagai seorang Islam, saya cuba sedaya upaya saya mengelak untuk menyatakan satu pembohongan. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan... atau saya menimbangkan untuk membunuh wanita yang tidak bersalah, kanak-kanak dan manusia lain sebagai satu perbuatan yang dihargai." - Agensi

RAMADHAN CARA NABI MUHAMMAD SAW SAMBUT

RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.


Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kupasan ringkas hadis

Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (riwayat Muslim)

Mengikat kainnya

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah 'mengikat kainnya'.

Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah 'mengikat kainnya'.

Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)

Menghidupkan malam harinya

Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.

Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)

Membangunkan Ahli Keluarganya

Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.

Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta' menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: "Solat! solat!"

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

lMandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai harumanIbn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak". (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini) Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi'en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi'en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.

lMencari lailatul qadr Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari) Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu". (Riwayat Abu Dawud).Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. Melewatkan sahur Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)

lMelakukan iktikafIktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan).Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5) Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari". (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)

lMembanyakkan doaUlama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak". (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

REBUTLAH MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN..


Mengikut pengamatan saya, dan menurut pandangan Imam As Syafie, Lailatul Qadr tahun ini jatuh pada malam 23 Ramadhan(Semalam). Alhamdulillah, sepanjang hari ini saya rasakan suasana agak berlainan, redup dan segar. Awan lart yang membawa udara mendung, tiada suara burung berkicauan... Barangkalilah. Beruntunglah mereka yang bermunajat di malam harinya dan diterima doa-doanya. Manakala rugilah mereka yang menghabisi usianya dengan maksiat, dan tidur sahaja..

Semoga kita semua diampunkan. Dan tatkala malam itu menjelma perbanyakkan membaca doa seperti yang diSabda oleh Nabi Muhammad saw "Allahmumma Innaka afu'un thuhibbuna afwa Fa'fu anna.."

Thursday, August 27, 2009

BERTUAHNYA MENJADI PEREMPUAN..

Kalau beginilah keistimewaan menjadi perempuan, maka sukarlah sebenarnya para lelaki untuk mendahului kaum wanita di dalam menjalankan ibadah serta memasuki syurga. Dan kiranya beginilah kehebatan wanita, maka mengapa golongan 'feminisme' mahu lagi memperjuangkan kesaksamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Bukankah wanita mempunya kelebihannya tersendiri yang jauh melangkaui kaum lelaki, dan kaum lelaki tidak pernah pun membantah kelebihan ini..


Keistimewaan perempuan..
Oleh : KAMARUL SADILA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi
Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

Sunday, August 9, 2009

H1N1 - BALA ATAU UJIAN ALLAH SWT: BERDOALAH AGAR DIJAUHI!

Telah 26 kematian akibat H1N1 setakat hari ini. Daripada Mexico, ia mrantau jauh menyeberang lautan tanpa dapat disekat oleh sesiapa. Ia merebak dan menyerang mangsa, tanpa mengenal warna kulit dan keturunan. Sebegitu canggih peralatan hospital ciptaan manusia dan sehebat pakar manapun, setakat hari ini, belum ada kekuatan menahan serangan penyakit ini.

Hairan juga, penyakit bawaan babi boleh menyerang manusia dan membunuh manusia. Telah diharamkan lama oleh Islam terhadap babi, namun manusia engkar. Mungkin juga akibat dahsyatnya maksiat yang dilakukan manusia sehingga Allah hantar tenteranya berupa penyakit. Rupanya memang besar hikmah pengharaman babi dan benarlah Islam. Segala yang haram sudah pasti ada kebaikannya untuk manusia.

Justeru ada persoalan, kalau sebegitu mengapa Allah ciptakan babi? jawapannya ialah untuk menunjukkan kepada manusia rupa paras babi. Allah haramkan babi, kalau tidak diciptakannya, bagaimana manusia hendak mengenal babi. Lalu terciptalah babi, untuk dijauhi. Malangnya babi yang haram ini jugalah yang didekati, dibelai dan dimakan. Kesannya penyakit yang tidak terhalang.

langkah mengelakkan penyakit ini perlu dilakukan meskipun takdir tidak mampu untuk dikekang. yang pasti jadi akan tetap terjadi, dan yang pasti tidak akan berlaku, pasti tidak akan mengena. Yang penting, ikhtiar dan usahalah agar dijauhi musibah ini. Mungkin ini bala buat manusia yang alpa, atau ujian agar kita tabah menghadapinya.

Mari kita bersama berdoa agar dijauhi penyakit maut ini. Dalam masa yang sama, elok juga kita bertaubat dari segala dosa dan maksiat yang kita lakukan. Yakinlah, umat Islam yang bertaubat dan memohon ampunan akan dijamin keselamatannya oleh Allah swt. Dan mereka yang telah diuji dengan penyakit H1N1 sama ada hidup atau mati, didoakan agar diberi kerahmatan disisi Allah swt. Beruntunglah mereka yang Islam, beriman apatah lagi mereka yang berjuang di jalan Allah swt.

Sunday, July 26, 2009

TERKENANG NOSTALGIA MEMORI LALU

Sesekali bila duduk sendirian terkenang suatu ketika nostalgia kisah lama. Mungkin ramai yang punyai kenangan yang tidak mungkin terlupakan. Kisah suka dan duka, pahit dan manis, seronok dan sedih serta seribu satu peristiwa yang menyelimuti diri. Maha Suci Allah yang mengatur keseluruhan episod kehidupan dalam dunia yang serba sempit dan fana ini!

Sesaat saya teringatkan kisah lalu apabila duduk sendirian di bawah pohon kelapa di tepi pantaidi suatu tempat. Melihat di kejauhan, kapal yang berlabuh, serta laut lepas yang tiada penghujungnya. Alangkah syahdunya saat itu, dan alam ini menjadi saksi kedewasaan diri. Di bumi itulah saya membesar dan dibesarkan, dari remaja ke dewasa. Termenung-memung begitu tiba-tiba terdetik dalam diri, apakah kesudahan kehidupan ini? Apakah yang dicari sang manusia sehingga sibuk dengan urusan dunia, dan apakah sebenarnya tujuan kehidupan? apakah kerana perut dan nafsuk kita dihidupkan? Persoalan itu tidak menemui jawapan tatkala itu sehinggalah masa yang menjawabnya satu persatu.

Sepuluh tahun lamanya saya berkelana dalam diri mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul. Bermula dari detik itulah hingga hari ini, kehidupan saya berganjak sedikit demi sedikit. Syukur, kini saya menemui jawapannya. Kebenaran telah ditemui dan sesekali kaki yang melangkah tidak akan berpatah balik atau mengundur ke belakang. Biarlah kehidupan alam jahiliyah luput ditelan zaman.

Terima kasih atas memori itu yang menyedarkan diri. Mungkin ia sebagai sebab mengubah kehidupan saya, dari 'tiada' kepada sangat bermakna. Nostalgia itu pasti tidak akan luput dari ingatan, biarpun berapa lama lagi usia ini bersisa. Sayangnya saya mungkin tidak lagi dapat berkunjung ke tempat yang penuh nostalgia itu, kerana telah dipisahkan oleh dua negara...

Wednesday, July 15, 2009

MERAIKAN KEPELBAGAIAN (KES 1)

"Suatu masa, sedang kami 4 sahabat bermesyuarat, apabila membincangkan suatu idea, tiba-tiba seorang sahabat saya memekik dan marah. Dia mahu semua yang lain menghormati pandangannya. Kami terpinga-pinga. Saya bertanya sendirian. Bukankah ini mesyuarat, dan bukankah mesyuarat medannya bermuhasabah serta melontarkan pendapat, hatta bertelingkah. Dan apabila selesai mesyuarat bukankah kita perlu berlapang dada dengan keputusan yang telah dibuat?" Saya tertanya dalam hati, salah sayakah ini kalau sekadar berbalah dalam mesyuarat?

Dalam situasi yang lain, juga dalam sebuah mesyuarat, kami sibuk mengeluarkan hujah dan pandangan masing-masing. Tiba-tiba seorang sahabat meninggikan suara dengan hujahnya, seolah-olah dia mahu hujahnya diterima semua. Kami yang lain diam termangu, seakan tidak terdaya mahu bergaduh lama mempertahankan hujah masing-masing.

Dalam hati saya bertanya, "adakah salah saya dan rakan-rakan mengeluarkan hujah dalam perbincangan, dan betul sangatkah sahabat seorang ini sampai sanggup meninggi suara untuk yang lain mendengar dan terima pendapatnya?" Betulkah hujah dia, atau hujah saya yang benar..

Suatu masa, saya cuba mencabar minda dan idea seorang sahabat. Beliau selalu memberikan kritikan dalam pendapatnya, dan pendapatnya selalu diterima kerana kuatnya beliau mengangkat suara.

Saya berhujah dan berdebat, bukan nak mencari pemenang tetapi mahu berhujah supaya kita dilihat sama. Akhirnya kami berbalah dan tiada kesudahan. Beliau tetap mempertahankan hujahnya dan saya sendiri berdegil. Bukan apa, sesekali ingin mencuba kesabaran diri di samping menunjukkan yang saya dan orang lain bukan bodoh seperti disangka.. Akhirnya ia berlalu begitu sahaja dan tiada apa-apa keputusan dicapai.

Dalam isu lain, juga ketika mesyuarat, kami masing-masing mengeluarkan pendapat. Saya memberikan satu pendapat dengan hujah, manakala rakan saya berhujah dan dengan memperlekehkan hujah saya. Akhirnya pendapatnya diterima mesyuarat, dengan sahabat ini masih berterusan memperlekehkan pendapat saya. Dalam hati tidak tertahankan marah kerana diperlekehkan. Saya dan rakan itu mengeluarkan hujah, tetapi yang saya 'angin' kerana dia mengejek saya seolah-olah saya bodoh dan beliau cerdik.

Adab bermesyuarat dalam Islam, apabila pandangan kita didengari, kita mengucap istighfar manakala pandangan kita tidak diterima, kita merasa bersyukur. Kerana kita takut kita menjadi riak, ujub, hasad, takbur dan lain-lain sifat mazmumah. Tetapi banyak yang berlaku sebaliknya. Hilang sudah adab Islam kerana mempertahankan keegoan masing-masing.

Soal memberikan pandangan, sesiapa berhak dan layak memberikan pandangan peribadi masing-masing. Siapa yang boleh berkata hujah siapa yang benar dan siapa yang salah. Yang boleh memberikan penilaian ialah mungkin ketika mesyuarat, ataupun pengerusi mesyuarat, ataupun hujah itu memang bercanggah dengan agama. Tetapi kalau masing-masing memberikan pendapatnya dalam sesuatu isu, kenapa mesti bengkeng mahu mengekalkan hujah masing-masing? Kenapa tidak ada tawadhuk, rasa rendah diri, berlapang dada dalam memberi dan menerima pandangan?

Kesilapan kita masing-masing ialah lupa untuk meraikan kepelbagaian. Perbezaan sudah tentu wujud dengan wujudnya pelbagai kelompok manusia. Kita dilahirkan dengan pelbagai latar belakang, juga dengan pelbagai idea. Takkanlah semua aspek perlu bersamaan dengan kepala akal kita.

Kita juga lupa meletakkan mind set, bahawa bukan semua manusia seperti kita. Ada yang berfikiran kritis, ada yang rigid, ada yang sempoi, ada yang longgar, ada yang cerewet, ada yang tak stabil, dan bermacam kerenah lagi. Soalnya, sejauh mana kita bersedia minda kita untuk meraikan kepelbagaian.

Bukankah elok kita berlapang dada menerima kritikan dan teguran, serta menjadi pendengar yang baik. Manakala dalam berhujah pula sangat baiknya kalau seseorang menghargai orang lain dengan tidak mengguris perasaan orang lain, cakapnya dijaga 'ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'. Istilah cakap lepas kerana tidak mahu cakap belakang bagi saya tidak boleh diterima. Berterus terang itu baik, tetapi jangan mengaibkan seseorang. Menjaga lidah dengan bahasa yang lembut itu boleh menjaga keharmonian sebuah persahabatan.

Justeru yang pentingnya, raikanlah kepelbagaian kita. Cumua perlu kita ingat, dalam kepelbagaian itu ada had dan sempadannya. Kita bebas memberikan hujah dan pendapat, tetapi jika sudah putus menjadi ketetapan, maka turutlah dengan penuh relah hati. Seseorang yang menghargai orang lain pasti akan dihargai..

Saturday, July 11, 2009

MNYINGKAP KEAGUNGAN ISRA' MI'RAJ

Peristiwa Isra' dan Mi'raj terus menjadi bualan cerita umat Islam saban tahun. Meskipun kisah ini berlaku lebih 1400 tahu lalu, namun ibrah serta pengajarannya terus menjadi inti ceramah dan kuliah di mana-mana. Kisahnya menakjubkan - tiada mana-mana manusia lagi mampu mengulangi apa yang pernah berlaku ke atas Rasulullah SAW, Nabi Yang Mulia, penghulu segala manusia.

Mengapa kita kena mengenang peristiwa agung ini, apakah istimewanya dan apakah kaitannya dengan kita? Jawapannya ia berkait langsung dengan kehidupan kita sebagai mukmin.

Saya paparkan di sini pelbagai pengajaran menarik untuk sama-sama tatapan kita semua.

1. Allah SWT memilih NabiNya yang dimuliakan ke atas seluruh umat manusia untuk didatangkan khas kepadaNya, dalam suasana penuh kedukaan Nabi SAW. Tahun itulah ujian yang sangat berat dan getir yang menimpa perjuangan Nabi Muhammad SAW, apabila dua orang yang menjadi penyokong kuatnya selama ini telah dijemput oleh Allah SWT. Mereka adalah isterinya yang dikasihi, Khadijah r.a. Beliau merupakan seorang wanita hartawan dan sangat disegani oleh penduduk Mekah. Beliaulah penyumbang terbesar perjuangan dakwah Nabi Muhammad saw.

Pamannya, yang juga seorang yang sangat dihormati di bumi Mekah iaitu Abu Talib juga dijemput oleh Allah SWT. Riwayat menyebut beliau mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah SWT. Ini menambah sedih kepada diri Nabi SAW. ABu Talib adalah pelindung selama ini daripada cercaan dan siksaan kaumnya di Makkah.

Tatkala kemuncak kesedihan itu, Nabi SAW ditimpa musibah apabila penduduk Thaif melayan kunjungan dakwah Nabi SAW dengan lontaran batu sehingga berdarah wajah Nabi SAW yang mulia itu. Dengan sayu Nabi terpaksa pulang meninggalkan kota Thoif.

Ketika itu, datanglah kehendak Allah SWT menjemput Nabi SAW kehadiratNya, iaitu peristiwa agung Isra' Mi'raj.

2. Isra' dan Mi'raj adalah pertembungan iman dan kufur. Ternyata selepas pulang dari berpergian Isra' dan Mi'raj ini, ramai dari kalangan para sahabat yang mulai goyah iman mereka. Sementara puak penentang (kafir Quraisy) pula mendapat point jelas menentang dakwah Nabi SAW dengan mendakwa Rasulullah SAW telah hilang kewarasan akalnya. Hanya Abu Bakar dan insan sepertinya yang tetap teguh aqidah mereka mempertahankan kebenaran kisah Nabi SAW diangkat ke langit.

Bayangkan, sehingga kini masih ada manusia yang bersandar kepada logik akal yang ragu terhadap kisah ini dengan mendakwa perjalanan ini hanyalah melalui mimpi Nabi Muhammad saw, bukan melalui realiti. Mereka merasakan tidak logik Nabi SAW diperjalankan dengan tubuh badannya secara sedar!

3. Isra' dan Mi'raj adalah peristiwa pengagungan Nabi Muhammad saw selaku penghulu para Nabi. Ini jelas sebagai pembuktian kepada mana-mana penganut agama Samawi bahawa Nabi Muhammad SAW adalah semulia-mulia makhluk dan Islam adalah hanya agama yang diterima di sisi Allah swt.

4. Diperjalankan Nabi Muhammad saw dengan menyinggah di Masjid Al Aqsa. Ini sebagai tanda bahawa Masjid Al Aqsa memiliki kelebihan dan kesuciannya tersendiri. Andaikata, Nabi Muhammad tidak diperjalankan ke masjid Al Aqsa, sudah pasti umat Islam tidak terasa untuk mempertahankan bumi suci Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa.

5. Nabi Muhammad SAW menjadi Imam para Nabi dan Rasul. Sedangkan para Nabi dan Rasul telah lebih dahulu menemui Allah SWT. Ini menunjukkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW ke atas lain-lain Nabi dan Rasul, juga membenarkan Firman Allah swt dengan kisah Nabi-Nabi terdahulu. Kisah Ghaib iaitu kisah Nabi-Nabi dan Rasul wajib kita percaya kerana Nabi SAW pernah bertemu dengan para Nabi dalam Perjalanan Isra' dan Mi'raj ini.

6. Pelbagai bentuk cerita yang Rasulullah SAW alami sendiri ketika berkelana bersama Buraq. Disinggahinya neraka dan didapati mereka yang tersiksa. Ini menunjukkan benarnya apa yang telah difirmankan dalam Al Qur'an yang Allah SWT berkali-kali mengulangi tentang wujudnya penyiksaan bagi mereka yang derhaka. Sepatutnya, cukuplah kisah Isra' dan Mi'raj sebagai pegangan paling kuat untuk kita memantapkan iman betapa adanya hari kebangkitan, hisab serta penyiksaan di dalam neraka. Kita wajib merasa gentar dengan pelbagai cerita menakutkan di alam neraka seperti dilihat oleh Nabi SAW.

7. Dua pilihan minuman yang dihidangkan untuk Nabi Muhammad saw, arak dan susu. Nabi Muhammad SAW memilih susu. Benarlah kata Jibril, andaikata Nabi Muhammad saw memilih arak, sudah pasti ramai umatnya terpesong. Soalnya, kenapa masih ramai bahkan bertambah ramai umat ISlam kini yang terpesong?

Jawapannya kerana mereka tidak memilih fitrah (naluri asli) dalam diri mereka. Fitrah manusia inginkan kesucian, kebaikan, dan ketaan kepada Allah SWT sedangkan pemesongan dari fitrah ialah melakukan maksiat dan terpesong dari jalan Islam yang sebenar.

8. jin Ifrit mengikut jejak langkah Nabi Muhammad SAW. Mengungkapkan suatu permaslahan iaitu jin dan syaitan akan mengekori ke mana sahaja manusia pergi. Lebih kuat imannya, lebih kuat godaan jin dan syaitan. Oleh itu, perisai terbaik ialah dengan membaca doa, dan doa paling msutajab menghalau jin dan syaitan ini ialah membaca Ayat Qursi. Sedangkan Rasulullah saw mahu dikejar Ifrit, bagaimana pula kita manusia biasa yang terdedah dengan maksiat sehari-hari?

9. Buraq yang menjadi kenderaan Nabi SAW ke langit. Buraq adalah haiwan dari syurga. Langkahannya sangat cepat dan jauh, seperti kerlipan mata manusia, ia mampu untuk melangkah sejauh mata memandang. Para saintis membuat kajian dan terhasillah kini roket yang mampu meluncur terbang tinggi dalam sekelip mata, meskipun tidak selincah Buraq. Zaman Nabi SAW kaum Jahiliyyah membuat analogi, dengan melihat kelengkapan dan kenderaan ketika itu. Wajarkah Nabi SAW boleh naik ke langit dalam keadaan kedua-dua kakinya sendiri tidak terangkat? Ini hujah mereka.

Jawapannya, kalaulah mereka hidup di zaman ini, dimana dengan kecanggihan teknologi manusia mampu terbang (menggunakan pesawat) dan tiba di destinasi yang jauh beribu batu dalam beberapa jam, sudah pasti sedikit sebanyak mereka akan mempercayai kisah perjalanan Isra' dan Mi'raj Nabi SAW.

Manusia hari ini mampu mencipta roket untuk terbang ke angkasa. Ini adalah sedikit dari kecanggihan teknologi kuasa Allah SWT secara langsung yang tiada sebarang masalah mencipta apa sahaja.

Juga menggambarkan bahawa Rasulullah SAW telah mendahului zamannya dalam segala aspek kecanggihan. Justeru atas rasional ini mengapa manusia masih tidak mahu beriman?

10. Rasulullah SAW akhirnya dipertemukan dengan Allah secara langsung. Tidaklah boleh digambarkan bagaimana rupa Allah SWt, Tuhan sekalian manusia ini. Dan arahan langsung dari Allah swt tanpa perantara malaikat (seperti kebiasaannya), ialah perintah melaksanakan solat.

Cuba perhatikan, kenapa perintah ibadah lainnya tidak ada sepayah ini Nabi SAW diarahkan oleh ALLAH SWT? Mengapa Allah swt sendiri menjemput Nabi SAW ke Sidratul Muntaha, dan ke Arasy Allah SWT untuk menitahkan perintah solat?

Ia mempunyai maksud, bahawa perintah solat bukan arahan biasa, ia qat'i. Ia peringkat wajib tidak ada penafian dan alasan. Betapa berat sekalipun, solat adalah wajib didirikan di mana sahaja kita berada. Ketika sakit, sedang musafir, ketika dharurat, ketika maslahat semuanya ada kaifiat dan caranya. ini beerti tidak ada alasan bagi mukmin meninggalkan solat.

Solat adalah ibu segala ibadat. Manakala arak adalah ibu kepada segala maksiat. Tanpa solat, orang Islam dianggap tidak beriman kepada Allah SWT.

11. Terdapat juga bagaimana Nabi SAW bertemu dengan Nabi Musa as dan Nabi Musa as meminta NAbi SAW memohon Allah SWT meringankan perintah solat yang sebanyak 50 kali itu pada aaslnya. Setelah beberapa kali Nabi SAW merayu akhirnya diringankan solat itu sebanyak 5 kali sahaja sehari semalam.

Kalaulah kita beriman kepada Allah swt, kenapakah Rasulullah SAW sanggup turun naik ke Arasy Allah SWt untuk merayu diringankan solat? Ini kerana Nabi SAW sangat kasih kepada umatnya, dan bainda sangat melihat kepada maslahat umatnya. Juga menunjukkan betapa Allah SWt telah bersifat sangat belas kasihan terhadap keupayaan hambaNya.

Solat itu daripada 50 kali kepada 5 kali sehari semalam. Bagaimanakah lagi kita mencipta alasan menjauhi solat?

Ibrah atau pengajaran Isra' dan Mi'raj hakikatnya terlalu banyak untuk diungkapkan. Apa yang penting (selain kerjasama) ialah kita mengambil segala kisah ini sebagai panduan hidup kita. Soalnya, sejauh manakah kita menginsafi serta peka terhadap tarikh bersejarah ini?

Wednesday, July 8, 2009

ALAM SELEPAS MATI TAK KENAL SELEBRITI ATAU POPULARITI

Saya tertarik dengan tajuk dan tulisan seorang penulis yang saya rasa cukup baik untuk dikongsikan bersama. Memang betul berita kematian Raja Pop, Michael Jackson sangat menggemparkan dunia. Bagai satu fenomena, seluruh dunia terkejut dengan kematian mengejut itu. Akhirnya, beliau pergi jua, meninggalkan jutaan harta kekayaannya yang bakal diwarisi. Begitulah kehidupan dunia yang fana ini. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan!


Kematian Michael Jackson, Raja Pop dunia diketahui seluruh dunia, hingga penduduk pedalaman di sebuah negara dunia ketiga. Internet menjadi begitu lembab ekoran minat orangramai yang mahu mengikuti berita kematian seorang artis tersohor. Presiden Venezuela, Hugo Chavec sehinggakan mengkritik media yang memberi liputan berlebihan kepada berita kematian tersebut.

Tersohornya Michael Jackson bukan kepalang. Berita kematiannya lebih besar dan lebih dimaklumi dan diambil perhatian dari berita kematian al-Ustaz Fathi Yakan, seorang ahli Parlimen Lubnan dan tokoh gerakan Islam terkenal di peringkat antarabangsa, terutama melalui karya-karyanya yang memberi impak besar kepada gerakan Islam sedunia.

Tetapi sayang Michael, ketersohoran anda, populariti anda, bahkan harta anda sebanyak lebih 500 juta USD itu tidaklah menjamin ‘dunia baru’ anda lebih baik dari dunia seni anda di atas dunia. Keranda anda yang termahal di atas dunia itu pun belum tentu menjamin tempat bersemadi anda yang terhebat di kalangan ‘penduduk barzakh’. Rakan-rakan Hollywood sepersemadian anda juga tidak dapat menjamin apa-apa untuk anda di dunia sebelah sana.

Inilah hakikat yang sering dialpakan oleh orang seperti anda, yang hanya mengejar populariti, mencari glamour, mengumpul harta dunia, dengan meninggalkan bekalan sebenar yang boleh menjamin kehidupan kondusif di alam barzakh itu.

Mujur sahaja anda ada mengucap dua kalimah syahadah (jika benar) yang membantu anda untuk tidak kekal di dalam neraka, jika anda dihumban ke sana nanti. Kalau anda tidak mempunyai kesalahan terhadap manusia, dan dosa anda hanya ‘menyanyi’, tidak mustahil Allah mengampunkan dosa anda itu.

Di Malaysia, artis dan selebriti yang mengucap dua kalimah syahadah juga ramai. Dan ramai juga yang tenggelam dengan dunianya yang tersendiri. Terkadang hanya kerana sanggup mengejar nama dan populariti, segalanya tergadai-aqidah, agama, akhlak dan harga diri. Bagi mereka yang insaf, selebriti dan populariti belum menjamin kebahagiaan hakiki di alam selepas mati.

Monday, July 6, 2009

BERAMALLAH DENGAN TUNTUTAN ISLAM

Bagi seorang yang beriman, sebenarnya ruang untuk memperolehi amalan dan ganjaran yang lumayan tersedia di depan mata. apakah alasannya bagi seorang hamba yang mengaku beriman kepada Allah swt dan hari Kiamat untuk mempersiapkan dirinya dengan amalan kebaikan.

Ramai manusia yang beramal dengan ajaran salah semata-mata untuk melengkapkan kehidupan mereka. Beramal dengan mentera untuk menjadi kuat, cantik, kaya, dan berpengaruh. Ada yang sanggup berbelanja beribu ringgit dan menghabisi kehidupannya semata-mata kerana ingin kepuasan hidup.

Ramai dari kalangan manusia yang beramal di luar ajaran Islam, juga mahu menikmati kehidupan yang diidamkannya. Mereka sanggup belajar ke luar negara mengambil jurusan profesional dan menghabisi kehidupan mereka untuk itu. Lantaran mereka mahu dikenali sebagai golongan profesional yang mengikut arus semasa. Hakikatnya mereka meninggalkan ajaran Islam yang kaya dengan khazanah ilmu dan rahsia yang tidak mungkin terungkapkan. Dengan kesibukan mengurus hidup mereka beralasan tidak mahu beramal dan beribadah. Alangkah ruginya manusia seperti ini!

Sebenarnya ruang beribadah dan beramal di dalam Islam terlalu luas dan terbuka. Hakikatnya syurga Allah swt terbentang luas untuk dimasuki. Hanya manusia yang degil dan tegar menjauhi syurga Allah swt dengan pelbagai alasan kehidupan duniawi.

Realitinya mudah untuk beramal, khususnya dengan al Qur'an. Insyallah sesiapa yang beramal dari ajaran Islam dan tuntutan Al Quran pasti hidupnya terjamin.

Mengambil contoh, bukankah Allah telah menjamin barangsiapa hendak kehidupannya tidak menjadi papa (miskin) selama-lamanya, beramallah dengan membaca sura Al Waqiah setiap malam / hari. Barangsiapa yang mahu dielakkan dari siksa kubur, beramallah dengan membaca surah Al Mulk dan Surah Sajadah setiap malam. barangsiapa yang hendak dimudahkan urusan kehidupan, maka bacalah Surah Yasin setiap hari.

Sesiapa yang mahu menjaga dirinya dan keluarganya dari gangguan syaitan serta sihir, maka eloklah diamalkan membaca ayat Qursi. Beramal dengan zikir seperti yang diajar oleh Imam al Ghazali setiap hari Insyallah ada keberkatannya. Membaca Lailahaillah, akan memberi jaminan di hari akhirat kelak, membaca Subhanallah akan menumbuhkan pokok di syurga, membaca selawat akan memberinya syafaat di hari kiamat, Astaghfirullah akan mengampunkan dosa-dosanya.

Tatkala hari Jumaat, terlalu lumayan ganjaran yang Allah berikan untuk hambaNya. Sibuk sangatkah diri kita untuk beramal dengan secebis doa? Bacalah Selawat seratus kali, insyallah akan diberikan syafaat dan dibalas salam kita dari Allah swt. Bacalah doa tertentu seperti dalam Hadis Nabi saw, Insyaallah hidup akan menjadi senang (kaya).

Kalau terlalu sibuk dan letih bekerja serta tidak mampu mengerjakan Qiyamullail, lakukan sahaja solat sunat Hajat, Taubat dan Witir sejurus sebelum tidur. Beramal secara berterusan menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar disisi Allah. Bukankah Allah mengasihi hamba yang mengingatiNya? Inginkan kesenangan dan kecukupan hidup, beramallah dengan solat sunat Dhuha setiap hari.

Beramallah kita, insyallah akan berjaya. Carilah masa dan ruang di sekeliling kita, laksanakan apa yang diinginkan, mudah-mudahan kehidupan kita lebih berkat. Beramal tidak sepayah mana. Yang pentingnya, kekuatan diri, keyakinan serta disiplin! Insyallah kita pasti boleh.

Saturday, June 27, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Happy Birthday Abi. Hari ini birthday Abi. Apa nak bagi. Bagi kek ni la.

Tadi Abi msg nak kek 3 tingkat. Tak jumpa la. 2 tingkat je boleh ye.

Sudah menjadi kebiasaan kami tinggal di rumah tanpa Abi. Semakin tahun semakin sibuk dia dengan amanah yang ditaklifkan. Hatta hari lahir dia sendiri pun dia tak ingat. itulah wira kami. Takpelah, balik dari program nanti kita celebrate sama-sama ye.

Tuesday, June 16, 2009

BAITUL MUSLIM

Sudah hampir 5 tahun kami menguruskan Baitul Muslim untuk sahabat-sahabiah samaada di kampus maupun yang diluar kampus. Selama itu jugala telah ramai pasangan yang telah berjaya mendirikan rumahtangga. Tak kurang juga yang masih dalam perancangan untuk hidup bersama. Alhamdulillah syukur kehadrat yang Maha Esa yang telah membantu dan mempermudahkan mereka untuk mendirikan masjid dengan ikatan perkahwinan yang kekal dunia akhirat.

Namun, bukan mudah bagi kami sebenarnya untuk mengendalikan perkara ini. Soal jodah di tangan Allah. Apa yang kami lakukan hanyalah membantu mempertemukan mereka dan memandu pasangan ini agar berada di dalam hubungan yang diredhai Allah dengan menjaga syariat dan muamalat sesama mereka. Selebihnya terpulanglah kepada mereka bagaimana nak mencorak kehidupan mereka kelak.

Apa yang menjadi keutamaan kami adalah, pasangan-pasangan ini tetap istiqamah dan bergerak aktif dengan perjuangan Islam yakni PAS. Hasrat Baitul Muslim sememangnya mahukan mereka tidak meninggalkan jemaah dengan mencarikan pasangan yang aktif dalam jemaah. Selebihnya terpulanglah kepada pasangan-pasangan tersebut.

Sepanjang pengalaman kami mengendalikan Baitul Muslim ini, perkara yang amat sukar adalah apabila ingin mencari ataupun memadankan seseorang. Bukan sekadar pasangan itu masing-masing perlu memohon petunjuk dari Allah, malahan kami juga turut perlu memohon agar Allah permudahkan urusan kami. Bagi persediaan majlis taaruf, terutama suami perlu mempersiapkan diri dan ilmu agar majlis ini berada di dalam rahmah.

Begitulah serba sedikit nikmat yang Allah beri kepada kami. Kami anggap ini merupakan tanggungjawap yang besar juga demi Islam. Harap segala amalan Allah terima sebagai bekalan di akhirat kelak.

Aminn...

Wednesday, May 20, 2009

ANTARA MEMPERMUDAH ATAU MENGAMBIL MUDAH

Sengaja saya memilih posting dengan tajuk ini bagi menghuraikan permasalahan yang berserabut di sekeliling kita. Ia kecil bagi sesetengah orang, tetapi boleh menyebabkan kerumitan dalam urusan kerja dan kesan yang lebih buruk terhadap rumahtangga, masyarakat dan negara.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Permudahkan, dan jangan mempersulitkan". Ia merujuk kepada mempermudahkan urusan supaya dengannya amal ibadat dapat ditunaikan. Islam mengajar erti mempermudahkan segala sesuatu agar ia mudah dilaksanakan. Solat itu mudah dan perlu dipermudahkan. Dengan pakaian seadanya kita sudah mampu mengerjakan solat di mana-mana. Siapa pun tidak boleh kemukakan alasan dari melaksanakan solat kerana setiap kesukaran ada penyelesaiannya. Kiranya bermusafir, laksanakanlah solat secara jama' qasar. Kalau sakit buatlah sekadar kemampuan - daripada berdiri, duduk, baring sehinggalah kepada kerlipan mata sebagai isyarat solat. Kalau tiada diketemukakan air maka bertayamumlah. Apa lagi alasan bagi muslim daripada menunaikan perintah Allah SWT ini.

Islam juga mengajar jangan terlalu dipayahkan iabadat solat ini. Memang perlu berniat ketika berwuduk tetapi cukup sekadar biasan hati. Saya pernah bertemu dengan seorang yang ditimpa penyakit was-was sehingga lencun tubuhnya ketika hendak berwuduk. Alangkah sukarnya orang ini untuk menyempurnakan wuduk sedangkan Islam tidak pernah mengajar begitu. Ada juga saya bertemu dengan seseorang yang sukar mengangkat takbir ketika takbiratul Ihram untuk solat. Sehinggalah Imam rukuk dan sujud baru dia ini sempurna mengangkat takbir pertama! Alangkah sukarnya dia sedangkan solat itu mudah sahaja.

Mempermudahkan kerja sangat perlu terutama dalam soal berdakwah. Memperleceh dan memberatkan urusan dakwah menyebabkan dakwah terbantut atau terlambat. Ini bukan bermaksud kita mengambil lewa dengan persoalan hukum. Asas hukum perlu dijaga, hanya dari sudut perlaksanaan kecil atau khilaf sahaja diringankan perlaksanaannya. Tidak perlulah saya huraikan satu persatu persoalanm khilaf kerana bukan niat saya membincangkan isu ini. Isu yang besar pada saya sekarang ialah persoalan mempermudah atau mengambil mudah.

Dalam urusan pengurusan atau pentadbiran, mempermudah amat diperlukan tatkala menghadapi kerenah ahli yang pelbagai (dalam konteks organisasi PAS). Kadang-kadang mesyuarat tidak cukup korum akan mempersulit urusan selanjutnya. Kalaulah seseorang yang sangat berpegang pada disiplin organsasi pada ketika ini sudah tentu mesyuarat tidak dapat dijalankan. Begitu juga dengan Mesyuarat Agung atau Muktamar. Kalau diambil kira dengan jumlah keahlian, ahli yang berdaftar sebagai sah syarat mesyuarat agung tersebut, kawasan saya antara yang telah gagal melaksanakan mesyuaratnya. Namun atas dasar kita mempermudahkan urusan, maka perkara ertentu yang penting terpaksa diketepikan hanya semata-mata mahu menjayakan agenda mesyuarat agung. Dan ini pun bukan bermaksud memperleceh undang-undang.

Saya katakan kita perlu patuhi peraturan yang ditetapkan, tetapi bagi mempermudahkan urusan jangan sampai tersulit jadinya, permudahkan ia. Meleraikan kekusutan lebih baik dari terus membiarkan ia tersimpul. Saya pernah bertegang leher dengan seorang pimpinan pertengahan yang begitu bersungguh memegang peraturan dalam mesyuarat agung sehinggakan hampir-hampir mesyuarat agung tersebut berlangsung dalam keadaan layu dan kaku!

Dalam kemudahan komunikasi yang meletus hari ini, sewajarnya kita menggunakan sepenuhnya kemudahan ini bagi mempermudahkan urusan. SMS, MMS, emel, YM dan sebagainya seharusnya boleh menggantikan surat bagi memaklumkan sesuatu atau menyalurkan maklumat penting. Saya terkadang merasa kesal sebilangan orang yang bertegas dengan 'skima' surat sedangkan kesemua alat komunikasi tersedia di depan mata. Ya, sekiranya amat perlu utuslah surat, tetapi dalam banyak keadaan permudahkanlah urusan. Fahamilah situasi dan terimalah arahan melalui saluran mudah yang ada.

Mengambil mudah

Sebaliknya ada juga konotasi yang bunyinya hampir sama, maksudnya berbeza. Mengambil mudah akan membawa padah. Dalam hal ini saya mengaku tidak boleh pergi lebih jauh kerana dalam banyak hal perkara remeh saya alpakan. Saya bukanlah orangnya yang layak menjadi pemimpin yang teliti dan berpegang pada peraturan. Saya adalah saya yang sekadar layak dipimpin dan ditegur selalu.

Mengambil mudah akan sesuatu mirip bersikap sambil lewa. Solat kalau diambil mudah silap gayanya akan terbatal sehingga membawa dosa pula kepada pelakunya. Membaca al Quran kalau tidak kena pada tajwid dan makhrajnya boleh memesongkan maknanya. Memahami Islam mesti pada tempatnya, bukan boleh dikutip di tepi jalan dan dibaca buku di mana-mana. Mendalami ilmu mesti berguru dan berkitab.

Di hadapan Allah tidak ada alasan bagi kita mencari dalih. Mengambil mudah hidup di dunia tanpa teliti (taqwa) akan membinasakan diri. Kita mesti bertegas dan berpandu kepada segala arahan yang telah diberikan. Memang Allah mengharamkan tidak banyak benda, tetapi jangan dilanggar larangan-larangan tersebut. Hidup ada batasan, syarak juga telah membataskan segalanya.

Dalam hal organisasi berjemaah, mengambil mudah sesuatu akan merosakkan jemaah itu. Saya ambil contoh, orang yang bersikap sambil lewa dengan tidak menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya, ia akan membebankan jemaah yang disertainya. Masa telah ditetapkan dan jangan mengambil mudah perkara ini. Kadang-kadang kesian saya dapati teman-teman yang menunggu hampir sejam untuk memulakan mesyuarat hanya kerana menunggu korum yang tidak cukup. Rakannya yang 'ambil mudah' itu dengan selamba tanpa meminta maaf atas kelewatannya.

Temu janji yang ditetapkan jangan diambil mudah untuk dilanggari. Bayangkan betapa bengkaknya hati apabila yang dijanjikan tidak hadir tanpa berita. Sedangkan Nabi SAW menyifatkan orang yang memungkiri janji sebagai munafik. Orang munafik tidak layak dijadikan teman, apatah lagi pemimpin.

Hutang yang ditanggung jangan diambil mudah untuk melunaskannya. Saya sendiri gerun bila memikirkan hutang bertimbun keliling pinggang, takut-takut perjuangan yang didokong menjadi sia-sisa kerana hutang yang tidak dibayar. Ramai mengambil mudah melupakan hutang yang ditanggung sedangkan pemiutang terpaksa menanggung kesusahan hasil pinjaman yang didahulukannya. Di sisi Allah, roh tergantung antara langit dan bumi dek penangan hutang yang gagal dijelaskan.

Dalam urusan pilihanraya, ia benar-benar mencabar jiwa. Pengarah Pilihanraya (peringkat PAS) sebenarnya mereka yang jaguh dalam bidang teknikal. Saya awal-awal angkat tangan dan bendera putih. ia tidak boleh di ambil mudah. Sebagai contoh, kerja-kerja PACA (Polling Agent dan Counting Agent) adalah tentera terakhir di medan pengundian. Gagal mereka boleh dianggap gagallah peperangan itu. Dalam banyak kali pesanan ini, ramai juga yang mengambil mudah dengan tidak mengambil borang 14 (borang penjumlahan undi) yang menyebabkan banyak saluran terpaksa disedekahkan ke pihak lawan. Ia sebenarnya mudah, tetapi diambil mudah oleh kita.

urusan pengangkutan, perayu undi, petugas bangsal panas (sekarang diharamkan), keselamatan dan lain-lain semuanya memainkan peranan penting. Ia menuntut komitmen dan kesabaran tinggi. Suatu pengajaran saya dalam PRK di Bukit Gantang, apabila petugas keselamatan (termasuk saya) mengambil mudah urusan menjaga banner, menyebabkan banner yang digantung semalamannya habis dicuri dan ditebas orang.

Begitulah pentingnya soal bekerja secara serius dalam jemaah, bukan ambil mudah. Memudahkan amat perlu tetapi jangan pula diambil mudah semua perkara. Saya kongsikan buat tatapan pembaca budiman secara praktikal dan pengalaman saya yang sedikit ini. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh dititipkan tetapi cukup sekadar di atas untuk panduan kita bersama.. Permudahkanlah, tetapi jangan mengambil mudah!

Tuesday, May 5, 2009

AHLI PAS: BERWALA'LAH! KITA SEDANG DIPERHATIKAN.

Saya sedang membaca, menelaah dan memerhatikan gelagat pimpinan dalam PAS yang agak sedikit terikut-ikut arus media serta musuh politik yang mahu mengucar-kacirkan PAS. Bagi mereka, kocakan kecil dalam cawan antara sesama ahli dan pimpinan tidak memadai. Mereka mahu ia membadai, membarah sehingga menyebabkan runtuhnya jemaah PAS. Di akhir nanti, yang mengutip bnuah keuntungan ialah UMNO dan Barisan Nasional.

Saya bersetuju memerangi musuh dalam selimut, tidak kirapun apa warna pakaiannya. Dan saya berpihak kepada ketulenan jemaah yang bernama PAS. Saya selamanya tidak mengizinkan ada satu pemikiran yang dibawa dari luar, meminjamkannya ke dalam PAS dengan meracun seluruh urat nadi dan kerangka pemikiran PAS. Saya sayangkan PAS, menganggapnya jemaah Islam penyambung perjuangan Nabi SAW yang diasaskan rangka tubuhnya oleh Imam Hassan al Banna. Bagi saya, jemaah lain mempunyai citra tersendiri yang wajar satu sama lain saling hormat menghormati. Tetapi saya amat benci manusia hipokrit yang bercakap soal baiah dan wala' kepada jemaah hakikatnya, mereka bertuankan jemaah asal mereka. Mereka menyelinap ke dalam PAS sekadar untuk meneraju serta mengubah haluan perjuangan dari asal kepada sesat. Mereka hanya mahu diri dan jemaah asal mereka diiktiraf, bukan PAS.

Dalam keadaan demikian, saya bersetuju memerangi musuh Islam ini selain yang ada berselerak diluar. Tetapi saya kesal melihat telatah pimpinan yang saling tuduh menuduh, serta saling berbalas tembakan di hadapn lensa kamera media massa. Saya kecil hati melihat pemimpin ini secara zahirnya bercakaran menegakkan pendapat dan pendirian mereka. Sehingga kini blog dijadikan senjata membunuh dan meledakkan sesiapa sahaja yang dianggap musuh.

Jauh dari itu, saya sedih Presiden PAS keseorangan ketika ini. Sudah ada yang jahat tangan membubuh nila pada imej Presiden. Di manakah wala' kita selama ini? Sudah hilang percayakah kita kepada prinsip keberkatan dalam jemaah, bahawa wala' dan taat merupakan kunci kejayaan PAS?

Saya setuju dikatakan Presiden PAS bukan seorang maksum. Boleh ditegur dan dimuhasabah. Tetapi jangan mengaibkannya di khalayak. Kenapa perlu dalam ucapan rasmi menghentam seorang Amir kepada jemaah ini? Kenapa gunakan blog untuk menghina dan menelanjangkan seorang demi seorang pemimpin PAS? Kedua-dua pemimpin PAS, Presiden dan Mursyidul Am PAS adalah tokoh kesayangan saya. Sedih melihat kedua-dua mereka dijadikan objek untuk hentam-menghentam. Manakala wujud sepuak lagi untuk menghukum kedua-duanya serta kumpulan kedua-duanya.

Untuk menghukum pihak bersalah, kenapa perlu digunakan dengan cara yang salah? memburu jenayah dengan melakukan jenayah. Kita tidak akan ketemukan pihak yang benar dengan cara ini.

Saya tahu mainan siapa ini. Inilah skrip yang dilakonkan oleh manusia jahat seperti saya maksudkan di atas (musuh dalam selimut jemaah). Ini juga mainan oleh manusia jahat diluar sana yang mahu PAS digoyangkan sekuatnya. Supaya dilihat PAS sama macam UMNO. Supaya dilihat jemaah PAS bukan tulen, kerana masing-masing sibuk merebut ghanimah dan kuasa. Nanti yang ditonjolkan baik dan sempurna adalah 'jemaah' mereka. Mereka berukhwah dengan penuh takzim, tidak ada pergeseran, semuanya di atas landasan syura dan sebagainya. Inilah objektif mereka.

Ahli PAS, kembalilah kepada landasan perjuangan Islam sebenar. Wala' lah dengan kepmpinan kita. Sabarlah dengan ujian dan patuhlah dengan segala keputusan jemaah, kendatipun keputusan ini melambatkan kemenangan kita. Ingatlah, kejayaan bukan beerti kita berkuasa, tetapi kejayaan sebenar adalah menurut perspektif Allah. Perlu apa kita tanyakan bilakah kejayaan itu akan muncul sedangkan itu hak Allah. Bekerjalah. Sudah puas dan jemukah dengan pekerjaan sedikit kita? Jangan terlalu banyak komen, kerana komen yang banyak tidak melancarkan kerja. Belum terlambat untuk kita bersatu. Manakala manusia yang bertopeng ayam, insaflah. Kami tidak memerlukan idea canggih anda. Kami menerima anda dengan mahar keikhlasan anda. Kami tidak akan menghukum anda, kerana kelak Allah swt sahaja yang menyaring perjuangan ini.

Rakyat kini sedang memerhatikan kita. Tonjolkan buah yang manis untuk dimakan, jangan lontarkan kembali batu yang mereka lemparkan. Insyallah, kejayaan sedang menuggu kita kerana Allah tidak pernag memungkiri janjiNya!

Monday, May 4, 2009

BERTARUNG DENGAN KEMATIAN: MASIHKAH KITA TIDAK INSAF?

Sesekali duduk melengung, teringat kepada sakaratul maut yang wajib menimpa semua manusia. Bila teringat perkara ini, mulalah meremang bulu roma mengingatkan kita semua akan menempah maut dan dimuatkan dalam keranda untuk diusung.

Memang sejak kecil atau sejak saya akil baligh, mengenang saat kematian sentiasa menghantui jiwa. Kadang-kadang sebelum tidur pasti teringatkan giliran saya yang berada di dalam kesakitan maha dahsyat itu. Terbayang-bayang bagaimana seorang insan kerdil seperti saya, yang bergelumang dengan dosa dapat bertahan dengan iman senipis kulit bawang ini. Saya cemas terfikirkan malaikat maut merenggut nyawa ibarat menarik akar kayu yang tersimpan di bawah tanah.

Dalam pada itu, masih juga insan seperti saya lupa kematian. Ingat kematian pada waktu-waktunya, tetapi banyak masa lalai dan alpa diselaputi dunia. Bila diserang sakit-sakit sikit seperti demam, pening kepala, sakit kaki, perut dan lain-lain mulalah teringat bagaimana kesakitan ini membawa kepada maut. Saya sering juga teringat sakit sedikit ini dibandingkan dengan kemuncak kesakitan, iaitu maut! Tidak terperi rasanya, tetapi telah dialami oleh jutaan bahkan billion manusia, termasuk para Nabi.

Agak hairan bagaimana insan yang telah berusia separuh abad, bahkan lebih dari itu, dalam menjangkau 60 tahun masih ada kudrat dan nafsu mengejar jawatan. Ada yang sanggup merasuah, menipu, menindas, melobi hanya semata-mata mengejar nikmat yang dikecap sementara cuma. Yang mahu mengejar kuasa, menjadi menteri, Perdana Menteri dan kabinet yang lainnya, berapa lama mereka bergentayangan dengan kuasa. setakat sepuluh tahun kemudian pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Tiada apa yang dibawa melainkan bekal amal dan juga tanggungjawab yang pasti dipersoal. Saya hairan masih mereka mengejar habuan itu semua, dan melupai mati tatkala maut bila-bila masa menjemput mereka.

Lainlah kalau jawatan yang dikejar itu adalah amanah dari Allah, atau kehendak jamaah. Itu bukan atas kehendak kita. Mendapat jawatan untuk menunaikan hak terhadap Allah dan RasulNya, mendirikan Islam. Perkara ini disebut jihad. Berjihad tidak ada had umur dan masa. Sesiapa juga yang mampu hendaklah berjihad, dan suasana kita hari ini, mengejar kuasa adalah salah satu jalan jihad. Syaratnya bertaqwa kepada Allah serta mengejar jawatan adalah atas perintah jamaah, bukan mencari sendiri!

Orang sebegini sebenarnya lebih bersiap untuk mencari akhirat daripada dunia. Meskipun nampak seakan dunia yang dikejar (jawatan dan kuasa), hakikatnya mereka mencari redha Allah dan mematlamatkan akhirat. Contohnya adalah YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seumur hidupnya tidak pernah termimpikan mendapat kuasa. Dan apabila mendapat kuasa, ditunaikan seamanah mungkin tanpa sepicing pun ada rasa keinginan terhadap dunia. Alangkah mulianya mereka yang seperti ini.

Saya merasa pelik, di kala zaman menuju ke akhirnya, masih lagi insan mengejar maksiat. Maksiat dijadikan tuhan sembahan manakala ibadat dibuang sejauh mungkin. Usia telah hampir tempoh tamat tetapi masih seronok bergelumang dengan dosa. Saya hairan setelah pencen bertahun masih lagi ada hati manusia ini membina mahligai bernilai jutaan ringgit, di atas puncak bukit. Untuk siapakah nikmat ini semua?

Sedangkan mereka tahu ramai sahabat handai saudara mara seangkatan mereka satu demi satu dijemput Allah swt, yang ada sebenarnya sedang menunggu giliran yang hampir sampai. Saya terasa tertekan walaupun dalam usia setengah umur Nabi Muhammad saw ini, apabila melihat seorang demi sorang saudara mara pergi mengadap Ilahi! Pergi pula dalam bermacam keadaan. Ada yang tragis, ada yang mengejut, ada yang menderita lama dan sebagainya. Nampak sangat kita manusia ini pelupa! Membina mahligai hanya untuk dinikmati generasi kemudiannya, dan kemungkinan mahligai itu tersadai sebegitu rupa kerana anak-anak sibuk membina kehidupan sendiri di merata-rata tempat. Siapa yang akan miliki mahligai itu nanti?

Saya musykil ramai lagi dari kalangan kita yang sedang enak bergelak ketawa, sedangkan dalam waktu yang sama ramai kalangan kita yang sedang bertarung dengan kematian. Memang kehidupan ini indah tetapi kita lupa bahawa bandingannya dengan akhirat, hampir-hampir tidak menyamai dengan sebelah sayap nyamuk. Selalu saya berpeluh sendirian apabila mengenangkan bermacam-macam penyakit yang dideritai manusia. Yang paling ditakuti adalah barah, kerana dalam masa beberapa bulan sahaja ia mampu memakan daging dan darah sehingga kita menjadi mayat sekelip mata. Lain-lain, sakit jantung, kencing manis, buah pinggang, ghout, stroke, darah tinggi- semuanya berstatus heavyweight! Saya mendapat makluman kematian orang-orang terdekat, dan bagaimana tersiksanya mereka dengan penyakit-penyakit itu. Moga Allah menempati mereka dengan keampunan dan disisi orang Soleh.

Kadang-kadang bila melawati hospital, saya merasakan diri yang sihat tiba-tiba menjadi sakit apabila melihat orang sakit. Alangkah sukarnya kehidupan mereka, sedangkan suatu waktu dulu mereka juga bergelak ketawa macam saya. Terbayang-bayang bagaimana kalau saya menjadi mereka.

Dalam keadaan begini masih lagi kita berseronok membina kehidupan. Yang suka melancong, pergi pusat hiburan, berfoya-foya, melepak di kedai kopi, seolah-olah mereka mampu hidup seribu tahun lagi. Alangkah lupanya kita kepada hari perpisahan itu.

Sesekali apabila mengetahui bencana menimpa disuatu tempat, alangkah takutnya rasa diri. Saya masih teringat peristiwa Tsunami tahun 2004 yang melanda Acheh. Inilah bencana terburuk dalam sejarah, dan ia berlaku hampir-hampir di tempat kita diami sekarang. Kita masih lagi rasa selamat kerana ia tidak berlaku ke atas aku! Bila melihat mayat bergelimpangan, sayunya rasa hati. Bayangkan saya sedemikian, diperlakukan seperti sampah - disodok dengan jentera dan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang besar. Berakhir sudah kisah kehidupan yang tidak diceritakan. Mati mengejut sebegitu. Alangkah takutnya rasa hati. Tiba-tiba maut mengejut. Apakah persiapan aku?

Apabila menelek akhbar serta media dan mendapat cerita kemalangan ngeri dan maut. Alangkah takutnya rasa, seperti menggigil kepala lutut. Saya terfikirkan dalam keadaan bergelumang dengan dosa saban hari tiba-tiba nyawa direnggut malaikat maut. Hutang pula berkeliling pinggang. Tidak tercatat pula. Siapa yang akan bayar dan bagaimana akan dibayar? Selamatkah aku?

Bila terfikirkan begini rasa-rasanya tidak mahu lagi bercakap lagha. Tidak ada lagi cita-cita mengejar kehidupan dunia. Malas nak berebut jawatan di peringkat kawasan dan negeri. Rasa-rasanya ingin sahaja memenuhi setiap masa di masjid, kalau tidak pun beramal dan berzikir sepanjang hari. Tidak ada sifat mazmumah, jauh sekali hendak berbohong, mengumpat, mencela, mencuri dan lain-lain. Ingin rasanya saya melangsaikan hutang sesegera mungkin, tetapi apakan daya.

Usia kita berbaki beberapa minit, ingatlah dan ingatkan diri saya untuk terus ingat kematian. Kerana mengingati mati adalah senjata paling ampung menundukkan kesombongan dan kezaliman. Biarlah hidup sebagai tentera di jalan Allah yang hanya menunggu perintah daripada bergelut merebut kuasa! Saya hanya ingin mati di jalan Allah sebagai insan biasa yang dinagkat sebagai syuhada di sisi Allah...

Monday, April 13, 2009

SEGALANYA BERMULA DENGAN USRAH..

Kita sering mendengar kalimat dalam jemaah Islam, Usrah adalah tunjang gerakan Islam. Usrah adalah sendi kekuatan jemaah. Benarkah demikian? Apakah hipotesisnya kita berkata demikian.

Banyak tempat dan organisasi beramal dengan Usrah. Saya sendiri jalani Usrah sejak beberapa lama. Pandangan mata kasar semacam tiada kesan apa pun. PAS menang di beberapa tempat, termasuk di kawsan saya sendiri dengan pengundi yang ramai tanpa usrah pun. Bahkan penggerak PAS di kawasan-kawasan ramainya bukan mereka yang ahli dalam Usrah. Ramai juga yang tidak pernah hadir Usrah. Menang juga PAS.
Jangan terpedaya dengan analogi liar saya di atas. Hakikatnya saya sendiri tidak bersetuju dengan pandangan saya di atas. Saya sebenarnya masih percaya bahawa kemenangan Islam dan PAS di Malaysia ada kaitan dengan Usrah. Tetapi bagaimana?
Memang benar, saya mengakui PAS adalah tunjang kekuatan Islam. Usrah adalah nadi kepada tarbiyah, dan tarbiyah adalah urat yang mengalirkan darah kepada jemaah (PAS). Tanpa tarbiyah kita mirip seperti UMNO atau PKR. Tanpa usrah tiada siapa yang sanggup membanting tulang menggerakkan jemaah secara percuma. Hanya sebabnya ada Usrah. Walaupun yang memenangkan PAS adalah khalayak terbanyak dari kalangan rakyat dan pengundi, tetapi yang menjadi tulang belakang dan tulang depan adalah mereka yang ahli usrah. Percayakah anda?
Saya lalui sendiri perkara ini. Memang didapati penyokong itu ramai, tetapi umpama buih di kala banjir. Mereka hadir dan pergi begitu sahaja. Bila ada program besar datang. Bila diharapkan bantuan mereka tidak hadir. Bila menang sorak dan hadir menghulur bantuan. Bila kalah hilang ghuyup entah ke mana. Puncanya kerana mereka tidak faham. Punca tidak faham kerana tidak hadir usrah. Mereka tidak kenal erti pengorbanan, kesabaran, iltizam, ijtimai’, intima’ wala’, baiah dan pelbagai konsep dalam jemaah.
Dalam kepimpinan pun begitu, Ada yang dipilih dalam mesyuarat Agung atau Muktamar, tetapi kurang faham. Puncanya kerana tidak hadir usrah. Ia seperti kertas. Nampak keras tetapi direndam dalam air lembik. Begitulah umpama mereka yang tidak hadir usrah. Nampak keras berapi-api dalam ucapan. Nampak bersemangat dan jalankan kerja. Tetapi melangkah setahun kemudian, kelibatnya tiada lagi. Kehadirannya corot. Mereka tidak tahan berjemur dengan keringat keletihan lama dalam perjuangan. Mereka tidak sabar dengan lamanya masa untuk menang! Lama kelamaan mereka benar-benar hilang, ditelan arus dunia yang suatu waktu dulu dicemuhnya. Puncanya, kerana tidak hadir usrah.
Saya pernah bertemu dengan organisasi yang mantap. Dilihat jauh begitu gah dan kukuh. Punya ramai ahli. Pemimpinnya pula bukan sebarangan. Tahap ‘silinglah’ kata orang. Ada PHD, ada Ir, ada peguam dan lain-lain. Tetapi tersiratnya mereka berantakan. Bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh, jatuh menjatuh, hilang wala’ dan thiqah, cantas mencantas, mengadu domba, berebut jawatan, wujudkan kem. Puncanya kerana hilangnya ukhwah dan kasih sayang. Puncanya lagi adalah kerana lama sangat mereka tinggalkan usrah. Usrah menjana ukhwah dan ukhwah mengikat organisasi semantapnya, Inilah yang mereka lupakan.
Saya bertemu juga dengan sebuah organisasi. Tidak terkenal dan agak corot juga. Ahlinya tidaklah hebat. Pemimpinnya pun orang biasa dan kebanyakan. Tetapi tersuratnya mereka sangat menjaga disiplin jemaah. Segalanya dibincang dalam mesyuarat atau usrah. Hal keluarga ppun dibincang dalam usrah. Mereka dilihat sangat tekun dan rajin, ikhlas dan setia, wala’ dan sangat menjaga lidah dan perilaku mereka. Rancangan mereka hebat, dan dilaksanakan dengan penuh cermat, mengikut arahan dan agenda. Rupanya mereka berusrah setiap minggu. Kalau ada yang sakit mereka ziarah. Kalau ada yang kesusahan mereka pakat-pakat kongsi keluar duit membantu. Kalau ada kenduri mereka pakat bergotong-royong. Kalau yang bujang dicarikan jodoh sesama mereka. Hebatnya mereka kerana ukhwah. Hebatnya ukhwah mereka kerana ada usrah. Tanzim mereka diikat kemas. Walaupun mereka tidak dikenali dalam persada politik, hakikatnya mereka bahagia menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah.
Inilah hebatnya yang dinamakan usrah. Walaupun ada yang berkata tidak ada perubahan apa-apa selama bertahun mereka sertai usrah, percayalah sebenarnya telah ada perubahan. Kalau dulu kita tidak faham perjuangan, sedikit sebanyak kita faham erti perjuangan. Kalau dulu kita bersikap individualistik, sekarang dengan usrah kita memikir secara jamaie. Kalau dulu kita kedekut, dengan usrah kita menjadi pemurah. Kalau dulu kita tiada hala tuju, dengan usrah kita punya matlamat. Kalau dulu kita berseorangan, dengan usrah kita ramai sahabat dan keluarga. Kalau dulu kita bergelumang dengan maksiat, dengan usrah kita belajar menjadi taat. Kalau dulu kita tidak peduli soal jamaah, sekarang kita tahu segala masalah dalam jemaah.
Begitulah peranan usrah. Selama bertahun yang beramal dengannya, sebuah kawasan yang kecil dan biasa akan berkembang dengan banyaknya. Boleh dikatakan usrah menjadi sebab pertolongan allah melembutkan hati-hati pengundi. Saya impikan supaya usrah dijadikan batu asas : “segalanya bermula dengan usrah”. Bukannya dijadikan matlamat: ‘ akhirnya kita kembali kepada usrah’.
Kalau segalanya bermula dengan usrah, ertinya setiap sesuatu dirancang di dalam usrah. Ada maslaha dibincang di dalam usrah. Nak berhenti kerja dibincang dalam usrah. Ada masalah kesihatan juga dibincang dalam usrah. Nak merancang aktiviti juga dalam usrah. Segalanya-galanya bermula dengan usrah.
Tetapi sebaliknya, kalau dijadikan tagline : “akhirnya kita kembali kepada Usrah”. Macam merujuk kepada keputus asaan setelah gagal serba-serbi barulah nak mencari usrah. Usrah dijadikan alat setelah gagal atau kalah dalam sesuatu. Ini yang saya tidak mahu berlaku dalam jemaah.
Apapun harapnya biarlah usrah dijadikan asas gerakan Islam. Dan sekali lagi yang saya mahukan adalah... “segalanya bermula dengan usrah”.

Wednesday, April 8, 2009

INDAHNYA ISLAM

Maka beruntunglah orang-orang yang bersama dengan perjuangan Islam. Bagi orang yang berada di luar dari jalan perjuanagn ini atau yang tidak mempunyai fikrah jemaah islam, pasti merasakan segala amalan dan perbuatan yang kita lakukan sia-sia belaka. Tidak mendatangkan hasil apapun hatta dipandang rendah dan membuang masa. Melainkan mendapat imbuhan yang banyak atau setimpal dengan usaha. Ya!! Kami dapat habuan kami. Malahan lebih banyak daripada itu.. Tapi bukan dibumi yang fana ini, tetapi di akhirat yang kekal abadi. Insyaallah. Apa yang penting kita hanya berdoa dan yakin dengan sebenar-benar yakin bahawasanya Allah tidak mensia-siakan kita. Allah tidak akan lupa akan janjinya. Jika kita bantu agama Allah, nescaya Allah akan bantu kita.

Biarlah susah hidup di dunia ini, demi menegakkan agama Allah. Insyaallah Janji Allah itu pasti datang.... berusahalah untuk mendambakan nikmat yang lebih besar dariNya. Iaitu syurga yang kekal abadi.

Dibumi Malaysia ini hanya sedikit ujian yang kita terima (berperang dengan puak UMNO) jika nak dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Palestin. Siang malam hidupnya sama, ditemani dengan dentuman bom dan bedilan peluru dari puak yahudi laknatullah. Kita pula siang malam penuh dengan hiburan. Semua media tidak ada modal lain bagi meraih keuntungan. Itu jualah propaganda dan pengaruh dari puak yahudi. Mereka suka jika umat Islam tidak ada masa untuk memikirkan saudara-saudara Islam, mereka gemar kita tidak memikirkan bagaimana nak menegakkan negara Islam, mereka gembira jika umat Islam mengagung-agungkan artis daripada ulama.

Bagaimanakah nasib anak-anak kita kelak??? Sistem sekular yang telah sekian lama dipraktikkan dalam pendidikan tidak dapat menanamkan semangat jihad di kalangan masyarakat. Akhirnya bila dewasa kelak, anak-anak islam ini lebih gemar beridam diri daripada menentang. Takut nanti dikata pemberontak. takut nanti dikata pengganas. Takut nanti dikatakan penderhaka. Semuanya takut. ... Walhal anak-anak orang kafir di Amerika, UK, Australia dididik agar berani bersuara seawal 3 tahun lagi. Mereka diajar berfikiran kreatif dan menyatakan pendapat mereka sendiri.

Bersama-samalah kita berdoa akan datangnya pertolongan Allah sebelum orang-orang yang zalim menganiaya orang-orang Islam. Semoga adalah pemuda-pemuda, pemikir-pemikir, para ulama dapat menewaskan puak-puak yang zalim di negara kita ini. Takbir!!!! Allahu Akbar..

"Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan agamaNya) dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Al-Baqarah : 244

Thursday, April 2, 2009

ERTI TARBIYAH PADA SUAMI DAN AYAH

Perkataan Tarbiyah sangat sinonim pada diri seorang amilin. Memang segalanya akan dikaitakn dengan tarbiyah. Ia Penting untuk memandu arah diri agar tidak tergelincir dari landasan perjuangan Islam.

Posting saya dengan tajuk di atas bukanlah sesuatu yang baru. Barangkali ianya sudah mangli disyarahkan dalam mana-mana peringkat usrah, kuliah, siri tamrin, muhasabah dan lain-lain. Mungkin sengaja saya nak mengajak pembaca sekalian untuk berkongsi pandangan dan pengalaman berkenaan tarbiyah pada diri suami dan ayah.

Buat para isteri atau ibu, boleh juga memberi komen, pandangan yang bernas. Tujuannya supaya kita bersama-sama dapat membangunkan sebuah 'baitul muslim' yang soleh.

Menjadi suami atau ayah adalah suatu kehidupan baru bagi para lelaki. Kehidupan bujang tidak sama dengan kehidupan menjadi suami dan ayah. Membahaskan kehidupan sebagai ayah dan suami juga tidak sama dengan perbincangan atas kertas. Ia mesti dijalani dengan alam realiti, dan kertas kerja mungkin sekadar panduan hidup kita.

Suami dan ayah memegang peranan sangat penting dalam pembangunan syakhsiyah keluarganya. Jatuh bangun anak watannya adalah hasil didikan seorang ayah. Seperti ibu dan isteri yang turut sama menyumbang peranan besar, kedua-duanya bertanggungjawab melahirkan generasi yang soleh solehah.

Perkara asas, menurut fahaman saya, seorang suami atau ayah itu mesti tahu tasawur Islam dan perjuangannya. Nilai tambah buat amilin dalam perjuangan Islam ialah dia mesti mengetahui tuntutan Islam dan perjuangan Islam terhadap diri dan keluarganya. Basic utama dia mesti sekurang-kurangnya mengimami solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Kemudian ajarkan anak-anak membaca doa lazim seperti makan, tidur, masuk tandas, masuk masjid. ajaran ini bukan semestinya secara formaliti, mungkin secara berjenaka agar anak-anak tidak bosan. Ayah perlu menerapkan aqidah yang tulus dengan mengkaitkan kejadian alam semesta, serta hidupan lainnya dengan ketuhanan. Manakala isteri difahamkan bahawa rezeki, ajal dan takdir adalah ketentuan Allah swt.

Sang ayah mesti sekurang-kurangnya seminggu sekali adakan 'usrah' atau perbincangan bersama di rumah dengan isteri dan anak-anak. Sesekali bukalah buku sejarah Nabi dan rasul, bacakan ayat-ayat Qur'an dan hadis kepada isteri dan anak-anak supaya mereka nanti terbiasa dengan budaya usrah di rumah. Mungkin anak-anak kecil tidak faham perbincangan itu, tetapi apabila dibiasakan dia akan membesar dengan budaya usrah dan tidak kekoklah anak-anak bila masuk sekolah nanti.

Si isteri perlu difahamkan tentang maksud perjuangan Islam. Ini khusus buat keluarga amilin (minta maaf kepada pembaca yang tidak terlibat dalam lapangan jemaah). Kadang-kadang saya berasa sedih mendengar keluh kesah isteri yang merungut masa suaminya banyak di luar (bersama kegiatan jemaah) berbanding di dalam rumah. Mungkin tarbiyah suaminya tidak sampai kepada isteri. Kepada para isteri, perlu faham seketika. Masa suami berjemaah di luar (bermesyuarat, aktiviti dan lain-lain) tidak sama dengan masa suami mereka yang melepak di kedai kopi. Ini kes lain kalau suami yang berkeadaan demikian. Masa suaminya yang begitu (bergiat dengan jemaah) walaupun banyak masa di luar tetapi adalah masa yang sangat berkualiti. Itulah masa suami untuk Islam dan perjuangannya, kerana tuntutan zaman. Banggalah dengan suami yang dipilih Allah sebagai pejuang Islam dan mungkin bertaraf syuhada kiranya dia mati di jalan Allah swt dalam kesibukan masa di luar.

Namun perlu diingatkan, buat suami dan yang bergelar ayah, jangan sesekali masa di luarmu menghambat masa istimewa bersama isteri dan anak-anak. Saya juga berasa sedih kelibat beberapa orang yang tidak peduli hal keluarga dan rumahtangga. Sehari dalam sebulan perlu dihabisi bersama isteri dan anak-anak. Bawalah mereka berjalan, bersiar ke mana-mana. Mereka juag perlukan belaian kasih suami dan ayah. Ini adalah tarbiyah yang penting bagi memastikan kesinambungan kasih rumahtangga berlarutan.

Ibarat sebuah kereta baru. Kita perlu menjaganya selalu supaya ia sentiasa dapat digunakan. Tayarnya perlu diganti kalau sudah 'botak'. Enjinnya perlu diservis apabila sampai masanya. Bateri perlu ditukar mengikut tempoh. Air perlu diperiksa, sama ada cukup atau tidak. Bila dijaga, kenderaan itu akan bertahan lama. Maka lebih lamalah tempoh hayatnya. Dalam keluarga begitulah halnya. Isteri dan anak-anak perlu dijaga. Walaupun ada hadnya, para suami dan ayah mesti pandai membataskan masa.

Ada beberapa kes yang menjadi rujukan saya. Ada orang yang terlalu sibuk dengan urusan jemaah sehingga lupa anak dan isteri di rumah. Jarang sangat mereka peruntukkan masa berjalan-jalan membawa isteri dan anak-anak. ada juga yang biasa melancong ke luar negara seorang diri. Mereka lupa untuk membawa, sesekali, isteri dan anak-anak. Apabila balik sekadar buah tangan dan gambar menjadi hadiah anak-anak. Seolah-olah anak-anak dan isteri tiada tempat dan tidak layak dibawa bersama melancong ke luar negara.

Si dia (isteri) perlu difahamkan terhadap tuntutan perjuangan yang utama iaitu infak. Sang suami mencari nafkah harus membagikan nafkah itu kepada beberapa bahagian. Satu untuk keluarganya manakala satu lagi adalah untuk perjuangan Islam. Mengharapkan kecukupan wang baru berinfak adalah suatu kemustahilan. Saya belum pernah mendengar seorang manapun, walaupun bergaji tinggi berasa cukup dengan pandapatannya. Tidak Pernah. Justeru dengan hasil keringat itulah suami atau ayah perlu bijak memperuntukkan hartanya di jalan Allah swt. Para isteri janganlah merungut suaminya yang kuta bersedekah dan infak. Ini bahagian untuk Islam, manakala bahagian untuk keluarga suami sudah peruntukkan.

Sebagai pendakwah, suami atau ayah mesti bijak bergaul dengan keluarganya. Kalau menjadi ahli gerakan Islam, hal kebajikan rakyat atau masyarakat menjadi keutamaan. Sakit pening rakyat dijaga, kematian diziarahi, sakit dilawati, susah diingati. Begitulah halnya pula kepada keluarganya sendiri. Masakan dia boleh lupa tanggungjawab menjaga kebajikan isteri dan anak-anak di rumah? Hilai tawa dan tangis isteri dan anak-anak mesti menjadi keutamaan. Suami adalah penyejuk mata di rumah. Sebagai ketua rumahtangganya, menjaga kebajikan keluarganya adalah tanggungjawab dan kewajipannya. Jenguk-jenguklah isteri di dapur. cukupkah beras, gula dan garam. Bagaimana pula dengan sabun basuh dan mandi. Perlukah sentiasa dileteri isteri untuk membantu tugas-tugas sehariannya?

Akhir sekali, dalam keterbatasan ini, saya melihat suami atau ayah perlu menjadi contoh kepada keluarganya. Ayah mesti idola anak-anak. anak-anak yang meniti usia remaja dan dewasa perlu dijadikan 'teman' bukan tawanan. Adakalanya saya merasa sedih melihat kes-kes tertentu ayah menjadikan anak-anaknya seperti tawanan perang. Maki hamun, penampar dan penumbuk menjadi kebiasaan. Anak dan isteri menjadi 'punching bag' melepas kemarahan. Secebis senyuman pun tidak pernah dilemparkan pada anak-anak dan isteri. Katanya dengan demikian akan terdidiklah keluarganya. benarkah begitu? Anak-anak menjadi hormat kepada ayah demikian, kerana sayang atau takut? Ini persoalannya. Saya berpendapat, mendidik anak-anak dan isteri tidak perlu ala-tentera atau komando. Tentera dijadikan demikian supaya mereka hormat kepada ketua, tetapi tidak kasih kepada ketua. Taat kerana terpaksa. Dalam rumahtangga, kita perlu jadikan suasana kasih sayang menguasai pendidikan anak-anak. Walaupun ada kalanya perlu berkeras dengan anak-anak yang degil tetapi seeloknya jangan digunakan selalu, bimbang anak menjadi takut kepada ayah sendiri. Anak menjadi fobia dan menganggap berhadapan dengan ayah seumpama berhadapan dengan seorang guru disiplin di sekolahnya! Anak akan menjadi kaku dan formal. Kesannya anak-anak sukar berkongsi perasaannya dengan ayahnya sendiri.

Sebaliknya fahaman saya, ayah mesti menjadi role model yang baik kepada anak-anak. Sesekali hadirlah ke aktiviti sekolah yang disertai anak-anak. Jadilah penyokong kuat nak-anak yang giat bersukan, riadah, kesenian dan sebagainya (Ingatan : pastikan anak-anak menutup aurat sebaiknya). Dengan cara ini anak-anak akan berkongsi rasa dengan ayahnya dan mengangap ayahnya adalah teman baiknya. Bukankah bahagia menjadi keluarga sedemikian?

Sebenarnya banyak lagi aspek yang perlu dititik beratkan oleh sang ayah atau suami dalam mentarbiyah isteri dan anak-anak. Kesimpulannya, tiada rumahtangg paling bahagia melainkan rumahtangga Nabi Muhammad saw. Terpulanglah kepada kita, sunnah yang mana hendak kita dahulukan, awali dan kemudiankan. Pesan saya, jadikan rumahtangga sebahagian dari matlamat perjuangan Islam yang kita dokong bersama.